Please love me, My Hubby ( PART I)

Assalamualaikum dan hai..ni first time saya buat cerpen. Of course tunggang langgang. Tapi saya harap korang enjoy je lah..

Please love me, My Hubby ( PART I)


``Assalamualaikum semua.Saya Lisa Syafikah akan bekerja sebagai PA kepada Tuan Aiman Rafiq.Saya berharap sangat sangat yang korang dapat tunjuk ajar sepanjang saya bekerja kat sini.Terima kasih’’ucapan dari Lisa yang disusuli dengan tepukan dari rakan sekerjanya.
``Sekarang semua boleh sambung kerja masing-masing.’’ Semua pekerja bergerak ke meja masing-masing dan menyambung semula tugas yang tergendala.``Mari saya tunjukkan bilik kamu’’arah Dato Taufik kepada Lisa.
``Baik Dato’’dia hanya membuntuti majikan barunya.
``Ni bilik kerja awak.Saya harap sangat awak dapat buat yang terbaik walaupun awak hanya setiausaha’’ujar Dato Taufik dengan penuh harapan.
``Insyaallah saya cuba Dato’’jawabnya sambil disusuli dengan senyuman manis.Dato mengorak langkah keluar dari bilik itu.
`Alhamdulillah terima kasih Ya Allah’hatinya berbicara.Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bersyukurnya dia saat ni.``Apa yang aku nak start buat dulu eh?’’fikirnya.

``Aiman Rafiq!’’sergah Dato.
``Mak kau meletup’’melatah Rafiq dengan kuatnya.Perlahan-lahan dia memusingkan badanya sambil tersenggih.``Papa…’’meleret nama papanya dipanggil.
Dato Taufiq hanya mampu menggeleng.``Kenapa kamu tak balik semalam?Kamu pergi mana?’’soal Dato kepada anak bujangnya itu.Dah lebih 6 bulan anaknya menjawat jawatan NAIB CEO VIOLET HOLDING.Perangai main-main tu memang tak lekang lagi hidupnya.Umur dah 27 tapi perangai macam budak-budak.
Rafiq tersengih seperti kerang busuk.``Malam tadi Fiq tidur rumah Ian pa.Lepak punya lepak sampai lupa jalan balik pa.Tu yang tak balik semalam.’’boleh pulak dia jawab macam tu kat papa dia.Mentang-mentang la anak CEO…
``Banyak la kamu punya lupa jalan balik?Jalan balik office kamu tak lupa pulak?!’’soal Dato dengan tegas.
`Alamak papa dah mengamuk,baik aku lari dulu,kang tak pasal-pasal amnesia terus aku.’hatinya berbicara.
``Papa,next time la kita cakap pasal ni.Fiq sakit perut la.Chow dulu.’’sekali kelip ja terus lesap si Rafiq ni.Dato Taufiq hanya mampu menggeleng perlahan.`Apa nak jadi dengan kamu ni Fiq.Perangai macam budak-budak.Bilanya nak matang?’

Bila Rafiq melintasi bilik setiausahanya,dia ternampak seseorang sedang terbongkok-bongkok bagai sedang mengambil barang yang terjatuh.`Hantu ke?Eh yang kau takut apasal Fiq?Mana ada hantu siang-siang cam ni?’hatinya mengutuk diri sendiri.
``Alhamdulillah dapat pon’’ujar Lisa sambil membelek telefonya.Kot-kot la retak ke apa.
``Ehem,ehem.’’deheman dari Rafik membuatkan dia terpandang ke arah lelaki itu.Lisa terus berdiri saat dirinya disapa entah sapa pon dia tak tahu.Tapi dari cara pemakaian macam Tuan Aiman Rafiq.
`Hensemnya Ya Allah’pujinya dalam hati.Cepat-cepat dia mengeleng-mengeleng.`Apa aku buat ni?Zina mata Lisa oi!’
``Kau ni dah kenapa?Sawan ker?’’Sentap do.Sekali pandang memang hensem tapi sekali ja mulut dia bercakap memang menusuk.
Lisa hanya mampu menunduk.`Ya Allah malunya aku’.`Mamat ni betol ka bos aku?Apasal mulut dia ni puaka sangat?’
``Saya rasa saya tengah bercakap dengan manusia sekarang ni.’’tegas saja dia berbicara.
Perlahan-lahan Lisa mengangkat mukanya sambil memandang wajah itu.`Kuatkan imanku Ya Allah!’
``Maafkan saya Tuan.’’Muka ketat Rafiq dipandang.Hanya satu senyuman sinis yang menghiasi wajahnya.Sinis sangat-sangat.
``PA Aiman Rafiq kan?’’tanya Rafiq tegas.
``Ya saya.’’Lisa menjawab.
``Good.Aku BOS baru kau.First amaran kalau aku tengah bercakap dengan kau,jangan sekali-kali menunduk.Faham!!’’saja dia mengertak PA barunya itu.
``Fa..Faham BOS.’’tergagap-gagap dia menjawab.`Ya Allah,aku takut.Umi babah,Lisa takut..’sesekali hatinya merintih.Takutnya pada lelaki di depannya ini hanya Tuhan saja yang tahu.
Setelah mendengar bunyi tapak kaki melangkah keluar baru la dia dapat menarik lafaz lega.Kalau macam ni hari-hari,memang masak aku.Nasib badan..Lisa mengeluh perlahan.
Selepas menutup pintu bilik,terbahak-bahak dia ketawa.``Apela nerd sangat pompuan ni?Entah anak lebai mana papa pilih?Dengan tudung tutup litup,handsock lagi …Hailah memang stok menantu mama la gayanya..tapi cun la pulak.’’Fiq berbicara sendirian sambil diselangi dengan gelak ketawanya.Gelak-gelak jugak tapi kena control la.Kang tak pasal-pasal ada jugak yang masuk Tanjung Rambutan.Dia segera membelek fail-fail yang tersusun di atas mejanya.

Butang intercom ditekan.``Budak baru,masuk jap’’arahnya kepada Lisa.
``Baik Bos’’Lisa menarik nafas.Bagai tersekat di kerongkong pon ada.`U can do it Lisa.Jangan mengalah.Ni ujian untuk kau’hatinya memberi kata-kata positif.Kaki dilajukan menuju ke destinasi yang sepatutnya.
``TOK,TOK..’’pintu bilik diketuk dari luar menyebabkan Fiq kembali mengetatkan mukanya. Lisa melangkah masuk setelah disuruh masuk.
``Assalamualaikum,Bos.Ada apa-apa yang boleh saya tolong?’’soalnya sambil memegang sebatang pen dan buku nota di tangan.
``Waalaikumussalam.Memang ada sangat.Aku nak kau batalkan semua temujanji aku untuk esok’’
Lisa mengangkat mukanya seraya memandang Rafiq yang sedang memikirkan sesuatu.`Apahal pulak dia nak cancelkan semua?’
``Eh jap.Kalau aku cancel, confirm papa mengamuk.Tapi aku nak rehat kot.Asyik meeting je penat la’’bebelnya seorang diri.
Lisa hanya mengaru perlahan kepala yang dilitupi tudung.`Muka dah ok, cukup sifat je aku tengok tapi takkan emosi terganggu kot?’
``Kau mesti tengah kutuk aku kan?’’tajam saja dia memandang wajah PAnya yang sedang diam itu.Lisa mengelengkan kepalanya.
``Dah bisu ke?’’jerkahnya.
``Tak tuan’’naik oktaf suaranya dek terkejut dengan jerkahan lelaki itu.Terus dia menutup mulutnya sambil memandang wajah di depannya.
Memang terkejut beruk Rafiq dibuatnya.`Mak ai,stok tudung labuh memang camni ker?Sergah sikit jer naik terus suara?’
``Ehem,ehem..Pada pendapat kau la kan,esok patut tak kalau aku batalkan semua meeting aku?’’tanya dia pada Lisa.
`Dah kenapa pulak dia tanya aku?’Lisa hanya menjawab,``Saya rasa tak patut kot bos.’’
``Apesal pulak?’’tanya sekadar menguji tingkah laku PA barunya itu.
``Walaupun bos ni bos tapi bos tak leh buat camtu.Nanti kalau pekerja-pekerja lain tengok mesti diorang kutuk bos’’
``Apehal pulak diorang nak kutuk aku?Aku ni bos kan,suka hati la nak masuk ke tak nak ke?Diorang nak busy body pehal pulak?’’amboi macam marah je jawapan kau Fiq.
``Bukan maksud saya nak burukkan siapa-siapa tapi mulut manusia ni kita tak boleh nak tutup.Lagipun kalau bos attend semua meeting memang tak rugi saya rasa.’’jawabnya berterus terang.Teringat pulak masa dia masuk tandas tadi,dia terdengar perbualan daripada beberapa orang pekerja perempuan.Bukan main sedap lagi mengutuk bos kononnya  bos ni tak pandai buat kerja la,makan gaji buta.Yang paling tak suka dengar ada ka patut diorang cakap bos ni belagak sebab dia anak pemilik syarikat ni?Sapa tak panas telinga dengar benda tu semua.
``Serius kau rasa aku patut attend semua meeting esok?’’tanyanya lagi.
``Yup.Insyaallah bos takkan rugi pon kalau attend semua meeting tu esok.’’balasnya dengan yakin.
``Okey,kali ni aku ikut cakap kau.Aku cuma nak pastikan betol ker aku takkan rugi apa-apa kalau aku ikut nasihat kau ni’’ada nada mengusik di situ.
``Erk…Ok la bos,kalau takde apa-apa saya mintak diri dulu.’’pintanya sambil melangkahkan kaki menuju ke pintu.

Ni part satu..sapa2 yang baca tu jangan lupa drop comment tau..Baru semangat sikit cheq nak post sambungan cerpen ni.😂.. Thanks korang...

Comments